Connect with us

Oh! Media

Liga Super Malaysia – Pasukan Tok Gajah Dibaham JDT

Umum

Liga Super Malaysia – Pasukan Tok Gajah Dibaham JDT

Semangat pasukan Liverpool yang sebelum ini dibawa pasukan Pahang dan berjaya menewaskan Terengganu 4-0 di Piala FA, nampaknya gagal diteruskan apabila tewas 2-0 ditangan Johor Darul Ta’zim (JDT) di saingan Liga Super.

ADVERTISEMENT

Perlawanan yang berlangsung di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin itu telah membenarkan JDT mengukuhkan lagi kedudukan mereka di tangga teratas liga.

JDT juga tampil dengan kesebelasan utama berjaya menguasai permainan dengan mengasak kubu Tok Gajah, namun tidak berjaya mencipta sebarang jaringan pada babak pertama.


Pada aksi babak kedua, akhirnya JDT berjaya mencipta gol pertama pada minit ke-69 melalui serangan balas yang dimulakan kapten pasukan Hariss Harun bersama pemain gantian Akhyar Rashid.

Bergerak di posisi sayap kanan, Akhyar kemudian menolak semula kepada Hariss yang pantas melakukan rembatan bagi menewaskan Helmi Eliza.

Dan ketika aksi babak kedua hampir berakhir, Ahkyar memastikan kemenangan buat tuan rumah selepas mudah menanduk masuk menewaskan Helmi Eliza yang hanya tergamam melihat bola menerjah gawangnya.

JDT sekarang dilihat begitu selesa dengan bekalan 33 mata jauh meninggalkan Pahang yang berbeza 8 mata.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas