Connect with us

Oh! Media

Lengan Tangan Kanan Ibu Ruhainies Patah, Ruhainies Terkejut Kemalangan Berlaku Awal Pagi

1f037655 e959 4b2c 8c9a 54a1598778d7 1568537195jpg

Umum

Lengan Tangan Kanan Ibu Ruhainies Patah, Ruhainies Terkejut Kemalangan Berlaku Awal Pagi

Pada jam 2 pagi tadi, keluarga kepada pelakon popular dan cantik Ruhainies dilaporkan telah terbabit satu kemalangan di Jalan Tun Razak berhampiran Institut Jantung Negara.

Ruhainies menceritakan, kereta jenis Kia Sportage itu sedang dipandu adiknya yang bersama ibu bapa, kakak dan seorang lagi adiknya yang ketika itu dapat perjalanan pulang dari menyambut hari jadi bapanya.

IKLAN

Kejadian berlaku selepas kami pulang menyambut hari jadi bapa. Mereka naik satu kereta dan saya dalam kereta lain. Ketika dalam perjalanan pulang, saya dihubungi adik yang memaklumkan mereka kemalangan. Difahamkan, sebuah kereta secara tiba-tiba muncul dari depan. Disebabkan itu, kereta dipandu adik tidak sempat mengelak dan terus bertembung. Kereta rosak teruk dan tidak boleh digunakan lagi, katanya.

Fuhh, mesti risau betul perasaan Ruhainies masa tu kan. Tapi nasib baiklah tidak berlaku kecederaan yang serius. Hanya pegelangan tangan kanan ibunya patah, kepala bapanya bengkak dan adik-beradik lain sakit badan. Ohmedia doakan keluarga Ruhainies dan Ruhainies sendiri dilindungi sentiasa.

+ Baca respon pembaca Oh! Media.


Oh! Media Makan

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas