Connect with us

Oh! Media

Lelaki Warga Indonesia Bertindak Ceroboh Ruang Tayar Pesawat Untuk Balik Kampung

Imagejpg

Umum

Lelaki Warga Indonesia Bertindak Ceroboh Ruang Tayar Pesawat Untuk Balik Kampung

Mesti korang pernah terfikir untuk melakukan sesuatu yang gila seperti menaiki kapal terbang tanpa membeli tiket atau bersembunyi di dalam kotak. Hal ini telah berlaku di Malaysia apabila hasrat seorang lelaki warga Indonesia yang ingin pulang ke kampung halaman tidak tercapai apabila tindakannya menceroboh ruang tayar pesawat berjaya dikesan pihak berkuasa.

Kejadian yang berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa, Pulau Pinang semalam mendapati lelaki terbabit ditemui di ruang tayar sebuah pesawat kargo pada jam 10 pagi.

Tetapi, mungkin nasib dia tidak begitu baik apabila pesawat yang diceroboh tidak melakukan sebarang penerbangan dan dia bertindak keluar dari ruang tayar sebelum ditemui di kawasan parkir.

IKLAN


Lelaki warga Indonesia itu juga dikatakan ingin pulang ke Medan, tetapi tidak mempunyai wang yang mencukupi. Dengan itu, dia bertindak menceroboh melalui pagar yang berlubang dan berjalan menuju ke pesawat yang di parkir pada jam 12 malam.

Walaubagaimanapun, pasti ada punca mengapa dia bertindak sebegini. Sumber mengatakan. suspek mendakwa dia tidak dibayar gaji sejak dua bulan lalu oleh majikannya dan mahu pulang ke Indonesia, selain siasatan lanjut masih lagi dilakukan.

Sumber: Berita Harian

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas