Connect with us

Oh! Media

Lelaki Tak Cukup Duit Isi Minyak, Tapi Tawakal Pada Allah

Umum

Lelaki Tak Cukup Duit Isi Minyak, Tapi Tawakal Pada Allah

Sejak petrol naik harga saya tak pandai nak anggar harga petrol nak isi dalam
cik bibah. Tadi tank masih ada dua bar. So saya agak ada la kat dlm
10-15 rggt je. So saya bayar di kaunter untuk isi RM50. Rupanya bila
rm42 dah penuh.. saya pump juga sampai rm45. Takut nak isi lagi.. sebab
pernah terjadi melimpah2 keluar petrol.

ADVERTISEMENT

Saya malas nak gi masuk dalam minta refund lagi rm5. Nak burn je sayang
pulak. Saya pegang nozzle sambil perhati kot2 ada motor masuk.. takde
pon. Saya hampir nak letak balik sebab nak tutup lubang tempat isi
minyak kat kereta, tapi saya cuba pegang nozzle tu sambil tutup lubang
minyak tu.. buat lambat sikit. Niat nak tunggu kot2 ada motor masuk.

Selesai je, hampir saya nak letakkan nozzle, ada satu motor datang ke
pump sebelah. Budak muda, awal 20an saya kira. Saya panggil dia suruh
tolak motor ke pump ni, saya cakap ada rm5 lagi, ambillah. Dia tolak
motor ke tempat saya, dia seluk poket nak bayar, saya cakap tak payah,
saya pass nozzle ke dia.

Saya cakap ..
“ambillah akak malas nak refund ke dalam..”

Dia cakap terima kasih. Dia tunduk, nampak sedih. Dia tunduk betul2
macam tak sanggup pandang kita, atau tunduk syukur pada Allah gitu. Cam
speechlesss gitu..
Saya tanya dia, “eh apesal?”

Dia jawab dalam menahan sebak.
“Saya doa akak murah rezeki, tak tau nak cakap macam mana. sebenarnya
saya belum gaji, duit sy ada 10 ringgit je ni, dok fikir isi minyak
3rggt, tinggal 7 rggt. Dok atas motor tadi saya dok fikir pasal duit
je.. saya serah pada Allah je. Rupanya Allah nak bagi rezeki saya dapat
minyak motor free,”
Saya pula sedih.. saya senyum je dan cakap.

“Dah tertulis rezeki awak,”

Saya masuk kereta, terus jalan. Dari jauh nampak dia lambai tangan
tanda terima kasih. Saya yang cengeng dah ‘banjir’ dlm kereta. YA
Allah.. bila hambaMu tawakal padaMu. Ada rezeki yang dah KAU janjikan.

Dan rencana Allah tu pasti. Saya sepatutnya nak drive terus balik
Putrajaya, dan isi minyak di Petronas, sebaliknya Allah gerakkan hati
saya belok ke Petron di Besraya. Jarang saya berhenti di situ isi
minyak, hari ni tergerak hati nak isi kat situ..

Dan patutnya
tadi saya guna debit kad, isi penuh ja.. tetapi saya pi masuk bayar rm50
kat dalam, teragak nak isi rm45 sahaja, tapi hati kata rm50 baru
penuh.. rupanya betul cuma rm45 sahaja.. rm5 tu bukan hak saya, hak
orang lain. Allah dah susun dan atur cantik2.

Itulah yang
dikatakan dalam rezeki kita ada hak orang lain, yang kita kena
kembalikan semula. Teratur hari ini dalam bahagian saya ada bahagian
adik itu. Semuanya dari Allah. Niat kita juga penting.. saya benar
niatkan nak kasi je baki petrol dah bayar tu pada sesiapa pun, dan dalam
hati terdetik, biarlah dapat pada orang benar-benar layak. Maka Allah
temukan kami.

Saya menangis sambil drive sebab saya semakin kuat
dan yakin konsep tawakal pada Allah. Benar2 serahkan segala-galanya
padaNya. Menulis ini pun saya sebak.

Sumber asal oleh Pnut Syafinaz

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas