Connect with us

Oh! Media

Lee Chong Wei Bersemangat Ingin Teruskan Perjuangan

Umum

Lee Chong Wei Bersemangat Ingin Teruskan Perjuangan

Datuk Lee Chong Wei yang disahkan menghidap penyakit kanser 4 bulan yang lalu akhirnya tampil mengeluarkan kenyataan setelah lama berdiam untuk berehat.

ADVERTISEMENT

Chong Wei tampil membuat kenyataan bahawa beliau bersedia menggalas cabaran negara dalam misi meraih slot ke Sukan Olimpik Tokyo 2020, yang bermula tahun depan.

“Terima kasih kepada semua peminat, keluarga dan persatuan yang sentiasa mendoakan kesihatan saya serta memberi sokongan dan semangat terutamanya ketika saya menghadapi ujian paling sukar dalam hidup apabila menghidap kanser.

“Penyakit ini bukan masalah kecederaan fizikal biasa dilalui atlet lain tetapi ia melibatkan kesihatan dalaman yang sangat digeruni sesiapa sahaja didapati menghidap kanser. Seperti orang lain, saya juga berasa hilang semangat, tidak selera makan dan tidak boleh tidur apabila tahu ada kanser,” katanya pada sidang media khas di Akademi Badminton Malaysia, Bukit Kiara, di sini hari ini.

Pemain berusia 36 tahun itu yang kelihatan sihat dan ceria berkata beliau lega apabila disahkan bebas kanser oleh doktor selepas menjalani 33 kali rawatan di Taiwan.

“Saya akan kembali ke gelanggang sebaik sahaja mendapat kebenaran daripada doktor, mungkin pada Disember. Sekarang pun saya tetap berlatih sendiri di rumah. Saya terlalu sayangkan sukan badminton tetapi kini kesihatan adalah keutamaan saya.

“Saya tidak mahu berhenti lagi. Pingat emas Sukan Olimpik sentiasa menjadi impian saya, buat apa bertanding di Sukan Olimpik kalau mahu kalah, semua orang idamkan pingat emas Olimpik,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

 + Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas