Connect with us

Oh! Media

Lebih Sejuta Data Peribadi Pelajar Dan Alumni Tertiris

Umum

Lebih Sejuta Data Peribadi Pelajar Dan Alumni Tertiris

Kini tersebar satu maklumat yang dilaporkan oleh Lowyat.net yang menunjukkan sebanyak 1,164,540 data peribadi pelajar dan alumni dari salah satu universiti awam tempatan telah jatuh ke tangan pihak tidak bertanggungjawab.

ADVERTISEMENT

Antara data peribadi yang tertiris adalah seperti nama pelajar, nombor pelajar, nombor MyKad, alamat rumah, emel dan nombor telefon.

Laporan ini juga menunjukkan maklumat pelajar dan alumni seawal dari tahun 2000 hingga 2018 disahkan. Universiti awam yang berpengkalan di Shah alam dan ia turut dilaporkan bahawa data daripada cawangan negeri-negeri lain turut terkesan.

Data yang tertiris pada bulan Februari ke Mac 2018 itu bagaimanapun masih dalam siasatan pihak berkuasa dan pihak universiti masih belum mengeluarkan apa-apa maklumat mengenainya.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas