Connect with us

Oh! Media

“Lebih Baik Saya Pulangkan Anugerah Daripada Minta Maaf!” – Chef Wan

Umum

“Lebih Baik Saya Pulangkan Anugerah Daripada Minta Maaf!” – Chef Wan

Berhubung isu menghina peneroka Felda, Chef Wan yang di anugerahkan sebagai ikon Felda berkata beliau rela menyerahkan kembali anugerah yang diterimanya daripada memohon maaf ekoran kenyataannya yang dianggap menghina peneroka Felda.
Chef Wan berkata, beliau turut merasakan untuk memulangkan anugerah tersebut esok hari sekiranya mereka yang tidak menyukai pandangan beliau berasa gembira dan puas hati.
“Bagaimana kamu memohon maaf kepada perkara yang kamu tidak kata secara umum yang ianya cuma ditujukan kepada individu tertentu di luar sana. Jika saya perlu memohon maaf pun, ia perlu dilakukan kepada mereka yang sensitif dengan cara saya katakannya,” kata Chef Wan.
Chef Wan mencetuskan kontroversi apabila melontarkan pelbagai teguran pedas termasuk mengutuk golongan peneroka Felda yang beranak pinak seperti kucing. Malah beliau turut meluahkan rasa muak dengan orang Melayu yang malas memajukan tanah Felda dan hanya duduk mengharapkan bantuan dari kerajaan.
Teguran pedas itu diluahkannya di Instagram, beberapa jam selepas dia menerima Anugerah Ikon Anak Felda dari Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. Selepas menerima kecaman hebat daripada pelbagai pihak, Chef Wan menyunting hantarannya di Instagram.
Chef Wan bagaimanapun menegaskan, dia tidak perlu minta maaf kerana apa yang dikatakan oleh beliau itu adalah perkara sebenar yang dialaminya ketika membesar di Felda.
“Saya beritahu FELDA tadi rasa macam esok pun nak pulangkan balik anugerah itu semua orang yang bising-bising itu akan berasa puas hati. Sebenarnya, saya lebih rela serahkan balik anugerah itu dari memohon maaf. Itu pun tiada apa yang perlu diminta maaf sebab apa yang dikatakan itu benar,” ujarnya.
Sumber: New Malaysian Post

ADVERTISEMENT
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas