Connect with us

Oh! Media

Lebih 20 Das tembakan Dilepaskan Untuk Tumpaskan 5 Perompak

Larangjpg

Umum

Lebih 20 Das tembakan Dilepaskan Untuk Tumpaskan 5 Perompak

Petang tadi berlaku satu rompakan di sebuah pasar raya di Kuchai Lama dan menyebabkan orang ramai bertempiaran lari apabila mendengar pintu cermin pecah dan puluhan tembakan dilepaskan dalam kejadian rompakan kedai emas dalam pusat beli-belah itu petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang itu, empat daripada perompak berkenaan ditembak mati di lokasi kejadian, manakala seorang lagi ditembak mati kira-kira satu kilometer dari lokasi kejadian ketika dikejar polis.

Seorang pekerja yang dikenali sebagai Hong berkata, dia cuba mendekati premis kedai emas berkenaan untuk merakam kejadian, namun secara tiba-tiba pintu cermin pecah sebelum dia tunduk dan masuk semula ke kedai tempatnya bekerja.

IKLAN

“Seorang rakan dari kedai lain datang ke tempat saya bekerja memaklumkan terdapat kejadian rompakan di kedai emas di hadapan kedainya.

“Ketika itu belum ada tembakan dilepaskan dan saya memberanikan diri mendekatinya untuk melihat kejadian sebelum pintu cermin pecah.

“Terdahulu saya sempat melihat tiga lelaki memakai topi keledar berada di dalam kedai emas dan sedang mengambil barang kemas, manakala seorang lagi berada di luar sambil memegang pistol,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Jelas Hong lagi, dia mendengar lebih 20 das tembakan tetapi tidak pasti sama ada ia datang dari perompak atau anggota polis.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas