Connect with us

Oh! Media

Laporan Polis Dilakukan Pendakwah Bebas Ke Atas Individu Hina Nabi Muhammad

Ahmadakmma 1550488208jpg

Umum

Laporan Polis Dilakukan Pendakwah Bebas Ke Atas Individu Hina Nabi Muhammad

Berikutan dengan tindakan seorang pemilik akaun Facebook yang viral dengan tindakannya menghina Nabi Muammad SAW dan isteri, Saidatina Aishah, seorang pendakwah bebas telah membuat laporan polis.

Ahmad Akmal M Tahrir telah membuat laporan polis dan membawa bukti penularan gambar kartun dalam keadaan bogel yang dikongsi oleh pemilik akaun berkenaan yang digambarkan adalah junjungan besar dan isteri baginda.

“Tindakan pemilik akaun FB Foo Sing Wai itu amat melampau, biadap dan keterlaluan kerana memuat naik gambar kartun seorang lelaki bersama kanak-kanak.

IKLAN

“Lelaki dewasa itu ditulis dengan perkataan Muhammad dan kanak-kanak berusia enam tahun sebagai Aisyah,” katanya ketika ditemui selepas membuat laporan di Balai Polis Tampoi di sini, hari ini.

Oleh itu, ia diharap akan dapat diambil sebarang tindakan dari PDRM dan SKMM kerana perkara sebegini tidak boleh dibiarkan begitu sahaja, jika tidak mahu ia terus tersebar dan menjadi-jadi.

“Penghinaan yang dibuat kali ini terhadap Nabi Muhammad SAW dan isteri amat keterlaluan dan sangat melampau” katanya.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas