Connect with us

Oh! Media

Laluan Sukar Menanti Manchester United

Zsdohwxofazsj5r5c694b90f2ba7jpgpagespeedceffe8q q8efjpg

Umum

Laluan Sukar Menanti Manchester United

Awal pagi ini Manchester United telah dijadualkan untuk bertemu pasukan Chelsea dan Ole Gunnar turut mengakui ia merupakan satu laluan yang sukar untuk mereka menjulang gelaran Piala FA.

Namun, Ole Gunnar masih meletakkan kepercayaan pada kemampuan pemainnya, “Pada 1999, kami menewaskan Chelsea di Stamford Bridge untuk mara ke final. Sebelum itu, kami juga menewaskan Arsenal dan Liverpool.

“Kami berdepan kesukaran ketika itu dan kali ini kami akan sekali lagi berdepan cabaran yang sama jika mahu ke final. Saya sangat teruja untuk menyaksikan apa yang mampu dilakukan oleh pasukan ini,” katanya.

IKLAN

United bakal turun tanpa khidmat dua tonggak utama mereka, Anthony Martial dan Jesse Lingard yang mengalami kecederaan otot ketika turun menentang Paris Saint-Germain pada aksi pusingan 16 pasukan terbaik Liga Juara-Juara Rabu lalu.

Solskjaer mengakui, mereka tidak boleh memandang rendah kemampuan Chelsea biarpun pasukan itu berdepan dua kekalahan meme­ritkan iaitu tewas kepada Bournemouth 0-4 serta dibelasah Manchester City 0-6 minggu lalu.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas