Connect with us

Oh! Media

Sebelum Gerua, Muzik Video Justin Bieber Pernah Dirakamkan Dilokasi Yang Sama

Umum

Sebelum Gerua, Muzik Video Justin Bieber Pernah Dirakamkan Dilokasi Yang Sama

ADVERTISEMENT

Filem terbaru lakonan King of Bollywood, Shah Rukh Khan dan pasangan serasinya Kajol menjadi fenomena hebat di Malaysia. Malah Malaysia menjadi antara negara yang mengutip kutipan tertinggi bagi filem ini.

Bukan sahaja gandingan mantap dua pelakon hebatnya namun antara yang menjadi sebutan adalah lagu-lagu dan muzik video yang menarik terutamanya bagi lagu Gerua.

Penonton begitu terpesona melihat permandangan yang sangat cantik menerusi muzik video lagu tersebut, malah ada yang menganggap tempat itu tidak wujud kerana terlalu cantik dan menganggap ia hanya menggunakan teknik CGI.

Namun begitu, muzik video itu adalah ‘real’ dan langsung tidak menggunakan teknik CGI malah pengambaran lagu itu dilakukan di Iceland.

Namun, ramai yang tidak tahu sebenarnya penyanyi popular Hollywood iaitu Justin Bieber’s sebenarnya turut pernah melakukan pengambaran muzik video untuk lagu “I’ll Show You” dilokasi yang sama.

Tidak dapat dinafikan pengarah Rohit Shetty menggunakan lokasi yang sama mengambil inspirasi dari lagu Justin Bieber yang dikeluarkan pada 2 November 2015.

Bukan sahaja shots yang diambil dari angle yang hampir sama malah dalam lagu Gerua, Shah Rukh Khan dan Kajol turut melaksanakan adegan romantik di atas sebuah bangkai kapal terbang terbiar yang sama.

Kedua-dua lagu ini telah menjalani pengambaran dilokasi yang sama iaitu di padang pasir Iceland yang sangat cantik. 
Satu lagi shot yang dirakamkan dilokasi yang sama iaitu dimana tempat Justin berdiri di tasik beku dan disitu turut menjadi lokasi Shah Rukh Khan dan Kajol menjalani adegan tari menari diatas ais beku yang sama.

Terdahulu, poster filem ini dikatakan telah meniru filem romantik Hollywood iaitu The Best of Me.

Lagu Gerua kini telah memecahkan semua rekod chartbuster di India dan kutipan filem Dilwale mencapai kutipan box-office hanya selepas 12 hari ditayangkan sekaligus menjadikan filem ini antara yang terlaris.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas