Connect with us

Oh! Media

Lagi Insiden Penemuan Daging Babi di Kawasan Surau

19jpg

Umum

Lagi Insiden Penemuan Daging Babi di Kawasan Surau

Tiga isu melibatkan insiden daging babi yang berlaku di negeri Melaka perlu diberikan perhatian serius oleh kerajaan negeri.

Pesuruhjaya Pas negeri, Kamarudin Sidek berkata, selepas kecoh isu pemberita dihidangkan daging babi dalam satu majlis, masyarakat dikejutkan pula dengan isu gerai yang menjual daging babi di Dewan Pusat Perdagangan Antarabangsa Melaka (MITC) pada bulan lalu.

Terbaharu, penemuan objek dipercayai daging babi di dua buah surau di Serkam harus ditangani secara profesional lebih-lebih insiden ini berlaku di kawasan yang mana penduduknya adalah 85 peratus kaum Melayu beragama Islam.

IKLAN

Bagaimanapun, beliau berharap pihak berkuasa dapat menyiasat perkara itu dan membawa pesalah ke muka pengadilan.

“Saya harap penduduk bertenang. Jangan menuduh mana-mana pihak dan kita serahkan kepada polis untuk menyiasat,” katanya.

Walaubagaimanapun, sebentar tadi, dua surau di Serkam, Jasin turut dikejutkan dengan penemuan objek dipercayai daging babi beserta nota.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas