Connect with us

Oh! Media

Kontraktor Bertanggungjawab Kapit Tayar Dihentikan Mulai Esok

Tayrkene clampjpg

Umum

Kontraktor Bertanggungjawab Kapit Tayar Dihentikan Mulai Esok

Kontraktor, Vista Summerose, yang dipertanggungjawabkan untuk kapit tayar diarahkan untuk menghentikan operasi berkenaan bermula esok.

Ini diakui sendiri oleh, Pengarah Urusannya, Datuk Nik Haidi Nik Muhamad berkata, pihaknya menerima notis DBKL pada petang semalam yang mengarahkan syarikatnya menghentikan operasi kapit tayar.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan melantik pengendali swasta berkaitan tindakan kapit tayar kenderaan.

IKLAN

“Pihak DBKL tidak melakukan apa-apa rundingan, justeru kami akan menghentikan operasi seperti yang diminta walaupun sudah menjalankan tugas mengikut prosedur operasi standard (SOP).

“Saya tidak tahu perancangan DBKL seterusnya dalam hal ini, maka saya serahkan perkara ini kepada kebijaksanaan DBKL,” katanya ketika dihubungi.

Sebelum ini, Menteri Wilayah, Khalid Abd Samad menjelaskan, operasi penguatkuasaan kapit tayar diselaraskan bagi mengelakkan konflik antara penguat kuasa dengan warga kota yang beranggapan tindakan itu sebagai mengaut keuntungan.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas