Connect with us

Klopp Akui Prestasi United Kini Dianggap Baik – Yakin Mampu Bawa 3 Mata

Umum

Klopp Akui Prestasi United Kini Dianggap Baik – Yakin Mampu Bawa 3 Mata

Pertembungan di antara pasukan Manchester United dan Liverpool malam ini nampaknya bakal menjanjikan satu perlawanan yang sengit dan peminat rata-ratanya mengharaapkan pasukan mereka dapat mencipta kemenangan.

Walaubagaimanapun, Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp menganggap ini merupakan misi wajib mereka untuk mendapatkan tiga mata menentang United jika ingin menjarakkan mata mengatasi Manchester City.

Klopp juga menegaskan, kemenangan di Old Trafford bukan jaminan trofi Liga Perdana Inggeris akan menjadi milik skuad kendaliannya.

“Adakah kami mahu memenangi perlawanan dan memiliki kelebihan tiga mata di depan City, sudah pasti kami mahukannya,” kata Klopp.

“Adakah kemenangan ke atas United lebih bermakna daripada tiga mata? Tidak, kerana kami perlu bermain menentang Tottenham, Chelsea dan pasukan hebat yang lain sebelum musim berakhir.

“Kami sebenarnya mengharungi tiga perlawanan yang besar minggu ini dan United adalah salah satu daripadanya. Selepas itu kami melawan Watford, yang juga pasukan yang amat baik dan berpeluang untuk mengisi kelompok enam terbaik jika lebih konsisten, dan kemudian Everton di tempat lawan.

“Mereka (Everton) akan melayan perlawanan ini seperti final Piala Dunia selepas kami menang di Anfield dengan gol pada minit ke-96. Jika kamu berada di tempat kami, atau hampir di puncak liga atau mencabar gelaran, setiap perlawanan adalah penting.”

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Trending

To Top