Connect with us

Oh! Media

“Kita Memberi Sebab Kita Pernah Rasa Tak Ada”, Tindakan Terpuji Brader Ini Patut Dicontohi!

ohmedia kfc 1png

Umum

“Kita Memberi Sebab Kita Pernah Rasa Tak Ada”, Tindakan Terpuji Brader Ini Patut Dicontohi!

Tidak semua manusia dilahirkan bernasib baik. Ada yang dilahirkan terus kaya dan dilimpahi dengan kesenangan, dan ada juga yang miskin diberikan kesempitan. Namun itu bukan penghalang bagi kita untuk menjadikan dunia ini menjadi lebih baik. Kali ini Ohmedia nak kongsikan dekat korang semua tindakan terpuji seorang brader yang sudi mengeluarkan wangnya sendiri untuk membeli kelengkapan persekolahan kepada  adik-adik berbangsa India sebelum sesi persekolahan bermula. Kisah ini diceritakan beliau sendiri dihalaman Facebook nya.

Selain membeli kelengkapan sekolah, beliau juga memenuhi keinginan adik-adik berkenaan makan KFC kerana sudah lama tidak menikmati makan segera berkenaan. Menurut beliau tujuannya hanya untuk berkongsi rezeki meskipun berlainan bangsa dan mahu menjadikan dunia ini lebih baik dengan menyebarkan kebaikan walaupun menyedari perbuatan beliau ini akan mengundang kecaman sesetengah netizen yang melihatnya sebagai perbuatan yang menunjuk-nunjuk.

IKLAN

Pandangan Ohmedia sendiri, setiap perbuatan baik yang orang lain lakukan janganlah dipandang sebagai tindakan untuk menunjuk-nunjuk. Sekiranya ini yang ada di mindset kita, percayalah dunia ini tidak akan menjadi lebih baik. Kita perlu berfikir sebaliknya. Seperti yang bro ni cakap, kita memberi bukan maksudnya kita kaya, kita memberi sebab kita faham bagaimana rasanya tak ada. Oleh itu, rezeki kita perlu kongsi bersama supaya mereka yang susah ini tidak merasa terbeban.

Sumber: Facebook Mohamad Fitree

+Baca respon pembaca Oh! Media.


Oh Youtube

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Safiqri Safrudin
Safiqri, bekas Penulis Konten dan Ketua Multimedia di Oh! Media, yang bertanggungjawab mencipta pelbagai kandungan menarik eksklusif untuk platform Oh! Media. Kini, beliau meneruskan perjalanan kerjayanya sebagai seorang guru yang berdedikasi di Sarawak.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas