Connect with us

Oh! Media

Kita Akan Kejar ‘Jerung Besar’ Dahulu – Tun Dr Mahathir

Tun dr mahathirjpg

Umum

Kita Akan Kejar ‘Jerung Besar’ Dahulu – Tun Dr Mahathir

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata kerajaan akan terus mencari dan mengheret lebih ramai ‘jerung besar’ yang terbabit dengan rasuah pada zaman pentadbiran kerajaan terdahulu.

Namun ia bukan kerja mudah kerana memerlukan bukti untuk mengheret mereka ke muka keadilan, katanya.

“Akan ada ramai lagi orang akan diheret. Tetapi, sekarang kita terpaksa memberi fokus terhadap beberapa orang terlebih dahulu kerana kekurangan pegawai.

IKLAN

“Jadi, kita tidak boleh berurusan dengan ramai orang yang terbabit dengan rasuah pada zaman pentadbiran kerajaan terdahulu.

“Buat masa sekarang, kita ‘kejar’ jerung besar terlebih dahulu. Tetapi untuk heret mereka, kena kumpul cukup bukti untuk heret ke mahkamah keadilan dan kemudiannya tindakan boleh diambil,” katanya.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas