Connect with us

Oh! Media

Kisah Pasangan Suami Isteri, Suami Sanggup Pakai Baju Spider-Man Demi Isteri Yang Sakit

Oh! Lifestyle

Kisah Pasangan Suami Isteri, Suami Sanggup Pakai Baju Spider-Man Demi Isteri Yang Sakit

Malam-malam ni, Ohmedia lebih tertarik untuk kongsikan kisah yang dapat memberi inspirasi dan peringatan kepada kita semua. Ohmedia rasa perkara macam inilah yang kita patut viralkan apabila baru-baru ini tersebar gambar yang menunjukkan seorang lelaki yang berumur 50 tahun dan seorang suami sanggup menjadi Spider-Man demi isterinya.

ADVERTISEMENT

Lelaki ini sering dilihat menolak isterinya yang duduk di atas kerusi roda di sekitar Georgetown dan dia lakukan ini demi membiayai rawatan isterinya yang kurang upaya.

Kisah pakcik Ahmad Shakirin Mohd Zain ini telah mendapat perhatian dari Harian Metro dan menurut laporan itu, Ahmad telah melakukan kerja menghibur ini sejak setahun yang lalu.

Beliau sebelum ini bekerja sebagai pelukis di Pasar Seni, Kuala Lumpur manakala isterinya Nur Aznita Mohd Ismail, 37 merupakan seorang tukang masak di restoran terkenal di ibu kota.

Namun nasib malang menimpa isterinya apabila wanita itu pernah terjatuh di bilik air menyebabkan dia mengalami serangan angin ahmar dan kerana menghidap kencing manis, kaki kanannya terpaksa dipotong daripada lutut ke bawah.

Kini mereka berdua hidup di Pulau Pinang dan hanya mampu menyewa bilik tumpangan dengan kadar sewaan RM55 sehari di tengah bandar raya.

Ahmad sebelum ini hanya mendapat duit dari hasil jualan dan upah melukis, tetapi selepas melihat kawan-kawan mendapat pendapatan yang lebih baik dengan berpakaian adiwira, dia telah membuat keputusan dan membeli pakaian Spider-Man secara online dengan kos RM180.

Ahmad turut bercadang untuk meniaga makanan apabila isterinya sembuh kelak. Semoga Ahmad dan isteri terus diberikan kekuatan.

Sumber: Harian Metro

+ Baca respon pembaca Oh! Media.


Oh Youtube


Comments

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas