Connect with us

Oh! Media

Kisah Hebat Tentang 5 Harga Setem Paling Mahal Di Dunia

Branded

Kisah Hebat Tentang 5 Harga Setem Paling Mahal Di Dunia

Mungkin anda dah sedia maklum, biarpun email dan sosial media telahpun menjadi trend hari ini untuk manusia berhubung dengan cara lebih cepat, mudah dan menjimatkan, namun mahu atau tidak dalam banyak perkara surat-menyurat seperti tetap berjalan seperti biasa setiap hari tanpa henti.

Bersempena dengan World Youth Stamp Exhibition 2014 yang akan berlangsung dari 1 hingga 6 Disember 2014 ini di KL Convention Centre bersempena dengan tahun melawat Malaysia 2014, Ohmedia akan berkongsi tentang 5 Setem yang paling berharga dan termahal di dunia.

#5 – Post Office Mauritius

Pada tahun 1947, isteri kepada gabenor Mauritius, Lady Gomm ingin menjemput para selebriti dan rakan-rakannya menonton bola. Bagi menghantar jemputan tersebut, Pejabat Pos Mauritius diminta untuk mengeluarkan satu set setem mengikut corak setem British yang direka oleh Joseph Barnard. Walaubagaimanapun berlaku kesilapan pada plat tembaga setem tersebut iaitu tertulisnya perkataan “Post Office” yang sepatutnya adalah “Post Paid”. Sebanyak 240 keping setem ini telah dijual sebelum kesilapan tersebut disedari.

Masih terdapat 26 keping setem ini di Pejabat Pos Mauritius yang masih kekal hingga ke hari ini. Pada tahun 2011, dua keping setem ini telah dijual pada harga $1.67 Million (RM5.6 Juta) di UK. Siapa sangka kan setem yang pada awalnya merupakan kesilapan mampu dijual pada harga tersebut pada hari ini.

#4 – Inverted Jenny

Setem Jenny yang berharga 24 sen ini merupakan setem pertama yang dikeluarkan pada tahun 1918 untuk tujuan penghantaran surat melalui ruang udara. Setem ini dicetak sebanyak 100 keping dan perlu dimasukkan ke dalam mesin pencetak sebanyak 2 kali. Setelah cetakan selesai dan ingin dijual, barulah kesilapan cetakan yang membuatkan pesawat Jenny terbalik atas ke bawah disedari.

Sehingga hari ini, hanya ada 100 sahaja setem ini di dunia. Satu blok yang mengandungi 4 setem ini telah dijual pada tahun 2005 pada harga $3 Million (RM10.2 Juta).

#3 – Penny Black

Penny Black merupakan setem pertama di dunia yang dikeluarkan pada tahun 1840 di United Kingdom dan direka oleh pencetus reformasi sistem pos British, Rowland Hill yang sehingga kini digelar sebagai “Father of the Postage Stamp” di sana.

Sebelum setem ini dikeluarkan, sistem pos di sana menerima bayaran secara tunai yang membuatkan orang ramai perlu berbaris panjang untuk surat-surat mereka dilayan satu-persatu. Setiap surat dikira melalui berapa helai surat yang ingin dihantar dan juga ke mana lokasi surat mereka ini dihantar. Sehinggalah Rowland Hill memberi cadangan untuk setiap surat dibalut terlebih dahulu dengan kertas lain (sampul surat) dan kemudiannya ditampal pula dengan setem untuk memberitahu yang surat tersebut telah dibayar. Setem tersebut adalah Penny Black.

Wanita di atas setem tersebut merupakan gambar Queen Victoria yang dilakar oleh William Wyon ketika melawat London pada tahun 1837. Sehingga hari ini, hanya 2 keping sahaja setem ini berjaya dijumpai dan ianya dianggap sebagai satu khazanah terbesar. Beberapa tahun lalu, seorang ahli perniagaan telah membeli salinan setem tersebut dengan harga $5 Million (RM16.9 Juta).

#2 – Treskilling Yellow

Treskilling Yellow merupakan setem dari Sweden yang merupakan pemegang rekod termahal sebelum ini. Setem three-skilling biasanya dicetak dengan warna hijau dan setem eight-skilling dicetak dalam warna kuning. Namun mungkin kerana plat cetakan telah tertukar yang membuatkan setem three-skilling tercetak dengan warna kuning pada tahun 1855.

Salinan tunggal yang tinggal bagi setem ini hanyalah Treskilling Yellow yang dijumpai seorang budak sekolah bernama Georg Whilhelm Baeckman pada tahun 1886 ketika bermain di loteng rumah datuk dan neneknya.

Setem ini telah menggemparkan dunia pada tahun 1984 apabila telah dijual pada harga 977,500 Swiss. Pada tahun 1990, ianya berjaya dijual pada harga melebih $1 Juta manakala pada tahun 1996, ianya dijual lagi pada harga 2.875 million Swiss ($3.14 juta).

Sebagai salah satu objek paling mahal di dunia, ianya dilelong lagi pada tahun 2010 namun harga tepat dan identiti pembeli tidak didedahkan. Namun apa yang pasti harganya kini lebih mahal dari $3.14 juta.

#1 – British Guiana One-Cent Black On Magenta

Setem ini terjual dengan harga $9.5 Milion (RM32 juta) pada bulan Jun lalu kepada seorang pembeli rahsia yang hanya meletakkan tawarannya melalui telefon. Menariknya setem ini pada awalnya dijumpai di dalam koleksi seorang budak lelaki berusia 12 tahun pada tahun 1873 dan kemudiannya dijual kepada ramai pengumpul setem seluruh dunia dari tahun ke tahun hinggalah pada tahun 1980, setem ini dibeli oleh John Eleuthère du Pont pada harga $935,000 (RM3.1 Juta).

Pada tahun 1997, John Eleuthère du Pont dimasukkan ke penjara kerana membunuh seorang peninju Olimpik, David Schultz dan dipenjara selama 30 tahun. John Eleuthère du Pont meninggal dunia di dalam penjara pada tahun 2010 dan sebelum itu bersetuju untuk setem ini dilelong Sotheby, New York City.

Setem ini pada asalnya dicetak oleh seorang ketua Pejabat Pos British Guiana pada tahun 1856 sebagai setem yang istimewa sebelum menerima bekalan setem utama dari Great Britain. Harga jualan setem ini merupakan rekod jualan setem tertinggi setakat hari ini.

Oh ya!

Jika anda seorang pengumpul Setem, penggemar Setem,  mahupun seorang yang menghargai betapa tingginya nilai pada sekeping Setem,  jangan lupa untuk ke KL Convention Centre dari 1 hingga 6 Disember 2014 ini. Pastinya pelbagai acara menarik menanti anda. Jangan lupa bawa anak-anak dan pupuk minat mereka kepada hobi yang sihat ini dalam masa yang sama dapat pelajari banyak lagi perkara tentang Setem yang selama ini tak pernah anda tahu.

Sepanjang pameran tersebut berlangsung juga, selain anda boleh mencetak setem dengan wajah sendiri, anda juga boleh mendapatkan enam set lembaran mini khas yang akan dilancarkan Pos Malaysia sebagai acara kemuncak harian istimewa sepanjang pameran ini berlangsung. Enam lembaran mini ini adalah seperti berikut;

1st December : Malaysia Day, Stamp Issuance : “Sultan Abdul Samad Building”
2nd December : Philately Day, Stamp Issuance : “160 years Stamps”
3rd December : Communication Day, Stamp Issuance : “Malaysian Fauna : Tiger & Orang Utan”
4th December : Postal Day, Stamp Issuance : “Malaysian Flora : Hisbiscus & Rafflesia”
5th December : Youth Day, Stamp Issuance : “Puteri Gunung Ledang”
6th December : International Friendship Day, Stamp Issuance : “Mak Yong”

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari www.malaysia2014.com.my dan sah’kan kehadiran anda melalui Facebook Event.

Artikel ini adalah hakcipta terpelihara Oh Media Network Sdn Bhd. Sebarang rujukan dibenarkan namun sebarang salinan secara terus artikel penulisan kami adalah dilarang di bawah akta hakcipta.

Comments

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas