Connect with us

Oh! Media

Kim Bok-dong Seorang Pejuang Hamba Seks Tentera Jepun Meninggal Dunia

Umum

Kim Bok-dong Seorang Pejuang Hamba Seks Tentera Jepun Meninggal Dunia

Semalam, seorang pejuang nasib hamba seks tentera Jepun iaitu Kim-Bok-dong telah dilaporkan meninggal dunia pada usia 93 tahun dan sehingga akhir hayatnya, dia masih dalam kontroversi ‘wanita penenang’ Korea Selatan yang dipaksa bekerja di rumah pelacuran ketika zaman perang Jepun, sedang memuncak.

ADVERTISEMENT

Bok-dong yang meninggal dunia di sebuah hospital di Seoul, Korea Selatan semalam, sering dilihat dalam protes mingguan di luar kedutaan Jepun menuntut permohonan maaf dan ganti rugi.

Kemarahan beliau terhadap Jepun dibawa hingga ke akhir hayatnya, kata seorang penyokongnya.

Kim juga merupakan antara wanita yang sering dipaksa untuk melacur dan disiksa secara seksual di rumah pelacuran tentera Jepun sebeum dan semasa Perang Dunia Kedua.

Aktivis Yoon Mee-hyang berkata, mereka merancang untuk berarak mengiringi keranda Kim melepasi kedutaan Jepun pada Jumaat, satu demonstrasi yang mungkin mengeruhkan lagi hubungan antara Seoul dan Tokyo.

Semasa Kim berusia 14 tahun, dia telah pertama kali dihantar ke rumah pelacuran tentera dan dipaksa memberikan khidmat seks kepada tentera Jepun termasuk di China, Hong Kong, Indonesia, Malaysia dan Singapura.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas