Connect with us

Oh! Media

Khabib Terima Tawaran Lebih Lumayan Jika Bersetuju Adakan Perlawanan Semula Bersama McGregor

Conor mcgregor khabib nurmagomedovjpg

Umum

Khabib Terima Tawaran Lebih Lumayan Jika Bersetuju Adakan Perlawanan Semula Bersama McGregor

Juara lightweight UFC, Khabib Nurmagomedov yang telah menjuarai lightweight UFC dalam pertarungannya menentang Conor McGregor telah ditawarkan sekali lagi habuan yang lumayan jika bersetuju lakukan pertarungan sekali lagi.

Kedua-dua musuh ketat itu kali pertama membuat perhitungan dua bulan lalu yang menyaksikan Khabib ditabalkan sebagai juara selepas empat pusingan.

Menurut bapa Khabib, Abdulmanap Nurmagomedov, tawaran sudah pun dikemukakan oleh UFC.

IKLAN

“Mereka menawarkan AS$15 juta (RM62.7 juta) bagi mengulangi pertarungan dengan Conor,” kata Abdulmanap kepada Sport24.

“Namun, kami mahukan AS$30 juta (RM125.5 juta).”

Walaubagaimanapun, bapa Khabib percaya Tony Ferguson dan Duston Poirer tidak boleh dinafikan hak atau peluang dengan anaknya itu yang masih belum pernah tewas.

“Ada lawan lain yang menanti dan berhak untuk bertarung dengan Khabib. Kita perlu menghormati mereka.

“Perkara ini perlu diambil kira. Kedua-dua mereka berhak untuk pertarungan ini,” katanya.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas