Connect with us

Oh! Media

Khabib Nurmagomedov, Petinju UFC Ubah Gudang Arak Kepada Akademi MMA!

Umum

Khabib Nurmagomedov, Petinju UFC Ubah Gudang Arak Kepada Akademi MMA!

Gambar sumber dari The Sun

Siapa je tak kenal dengan nama Khabib Nurmagomedov, Petinju UFC yang berjaya mengalahkan Mc Gregor yang memegang kejuaraan UFC sebanyak 21 kali Oktober lepas. Meskipun mendapat ganjaran jutaan dollar namun ganjaran berkenaan tidak mengaburi mata Khabib untuk membuat kebaikan. Perkara ini yang patut kita contohi sebagai orang islam.

ADVERTISEMENT

Yang Ohmedia tahu, sebelum ni Khabib telah membelanjakan hartanya untuk membina perigi air di pedalaman Nigeria bagi memudahkan penduduk berkenaan mendapat bekalan air bersih. Baru-baru ini, Khabib telah bertindak membeli sebuah gudang simpanan arak di Dagestan dan menukar fungsi gudang berkenaan kepada akademi MMA.

“Ini bukan gim biasa, ia juga sekolah. Kami akan melatih anak-anak mereka menjadi lelaki yang mampu mempertahankan negara pada masa depan,” kata Abdulmanap, bapa Khabib.

Sumber gambar dari Google

Menurut bapa Khabib, meskipun masih dalam pengubahsuaian, akademi itu nanti akan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti bilik solat, ruang latihan, sauna, bilik belajar dan pejabat serta asrama bagi pelatih. Bapa Khabib, Abdulmanap akan bertindak sebagai tenaga pengajar selama 3 tahun sebelum menjadi penasihat. Sebelum itu, Abdulmanap telah pun berjaya melahirkan petinju-petinju MMA yang beraksi di kejohanan-kejohanan terkemuka.

Sumber: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca Oh! Media.


Oh Youtube


Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas