Connect with us

Oh! Media

KFC Perkenal Hidangan Ayam Tanpa Daging? Betul Ke Ni?!

ohmedia kfc 1png

Umum

KFC Perkenal Hidangan Ayam Tanpa Daging? Betul Ke Ni?!

Sumber dari Bloomberg

Mungkin kita sendiri pernah dengar “ianya rasa seperti ayam” atau “rasanya macam ayam KFC” meskipun makanan yang anda makan bukan ayam tersebut. Ini yang cuba diuji dan diperkenalkan oleh KFC, tapi bukan di Malaysia, di Amerika, mereka ingin perkenalkan hidangan ayam tanpa dengan menggunakan bahan bukan daging. Untuk info, hidangan diperkenalkan sehari saja di KFC cawangan mereka di Georgia.

Dipetik dari Berita Harian, Contoh percuma produk baru itu, yang dibangunkan dengan kerjasama Beyond Meat dan digelar ‘Beyond Fried Chicken’, boleh didapati di KFC di Smyrna, Georgia mulai hari ini, dan pelanggan juga boleh membeli nuget dan kepak tanpa tulang yang dihasilkan daripada bahan bukan daging.

Tindakan Burger King’s diawal tahun ini memperkenalkan Impossible Whopper, hamburger daging versi tanpa daging yang dibangunkan bersama-sama Impossible Foods, telah menyebabkan KFC turut mengambil inisiatif yang sama. Beyond Meat menyatakan tindak balas ujian itu akan membantu KFC mempertimbangkan untuk menjual hidangan ayam bebas daging berkenaan ke seluruh negara.

IKLAN

Sumber : Berita Harian

+ Baca respon pembaca Oh! Media.


Oh! Travel


OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Safiqri Safrudin
Safiqri, bekas Penulis Konten dan Ketua Multimedia di Oh! Media, yang bertanggungjawab mencipta pelbagai kandungan menarik eksklusif untuk platform Oh! Media. Kini, beliau meneruskan perjalanan kerjayanya sebagai seorang guru yang berdedikasi di Sarawak.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas