Umum
KFA Tidak Berpuas Hati Dengan Nilai Pampasan Untuk Akhyar Rashid
Oleh
FAM telah menetapkan nilai pampasan sebanyak RM75,000 kepada pihak Persatuan Bolasepak Kedah, KFA berikutan ingin mendapatkan khidmat pemain muda Kedah, Akhyar Rashid. Walaubagaimanapan, pihak KFA tidak berpuas hati dengan nilai pampasan itu.
“Bab ini kami kurang berpuas hati, adakah logik pasukan lain yang ingin mengambil pemain kami sekadar diletakkan harga RM75,000? Jumlah yang dinyatakan itu nampak tidak sepadan dengan usaha kami dan FAM seolah-olah tidak profesional dalam hal ini.
“Dan kami minta FAM kaji semula jumlah berkenaan yang kami anggap tidak patut. Kami tidak menyentuh bab pampasan individu Akhyar iaitu nilai tebus kontrak sebanyak RM210,000 kerana ia nilai pampasan individu dan antara Akhyar dengan kami sebagai majikan serta kontrak sehingga musim 2019.
“Yang kami pertikaikan adalah jumlah ditetapkan itu dan sepatutnya kami diberi ruang sebagai majikan dalam hal ini seadilnya, namun sebaliknya berlaku apabila FAM sendiri menetapkan jumlah RM75,000 dan bukan kami,” katanya.
“Kami akan hubungi FAM dengan segara bagi menyelesaikan isu harga pampasan ini dan kami mahukan rundingan segera diadakan antara FAM dan KFA bagi membincangkan semula berkaitan isu ini.
“Bagi KFA, kami rela melepaskan Akhyar seandainya pihak kami mendapat jumlah bayaran pampasan sepadan selepas rundingan diadakan,” katanya.
Sebelum ini, Jawatankuasa Status FAM telah sebulat suara untuk meletakkan jumlah berkenaan kepada pasatuan yang menandatangani kontrak bersama Akhyar.
