Connect with us

Oh! Media

Ketiadaan Sumareh? Pengendali Skuad Harimau Malaya Percaya Kesediaan Semua Pemain

Umum

Ketiadaan Sumareh? Pengendali Skuad Harimau Malaya Percaya Kesediaan Semua Pemain

Pertembungan kedua di antara Malaysia menentang Thailand Rabu ini akan memperlihatkan Malaysia kekurangan dua tonggak utama apabila Mohamadou Sumareh dan Syazwan Andik menghadapi kecederaan.

ADVERTISEMENT

Walaubagaimanapun, perlawanan yang akan diadakan di Stadium Rajamangala, Bangkok itu langsung tidak menggusarkan pengendali skuad Harimau Malaya, Tan Chen Hoe dan yakin skuad kendaliannya bakal memberikan sepenuh tenaga untuk perlawanan penting itu.

“Untuk perkembangan pemain saya rasa semua nampak ‘OK’, cuma Sumareh dan Syazwan masih lagi mengalami kecederaan.

“Saya harap dalam dua hari ini pemain akan dapat pulih 100 peratus dan saya akan dapatkan pengesahan daripada Doktor perubatan pasukan tentang tahap kecederaan mereka sebelum membuat apa-apa perubahan.

“Tapi yang penting walau siapa pun diturunkan semua pemain kena bersedia dan saya percaya mereka boleh menggalas tugas untuk menggantikan mana-mana yang cedera,” katanya ketika ditemui beberapa jam sebelum skuad negara bertolak ke Bangkok di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini, hari ini.

Tegasnya, Akhyar kini berada pada tahap terbaik untuk diturunkan bagi mengucar-kacirkan pertahanan lawan yang bakal dipimpin ketua pasukan skuad Gajah Perang, Chalermpong Kerdkaew.

“Kita tahu Akhyar mempunyai satu potensi yang besar dan boleh memberi sesuatu dan mengancam pertahanan Thailand. Tapi yang penting, saya mahu semua pemain bersedia apabila diperlukan,” katanya.

Bagaimanapun, segala kemungkinan itu hanya akan diputuskan selepas meneliti laporan doktor pasukan sama ada perlu menukarkan Sumareh serta Syazwan dengan beliau bersedia menyenaraikan penyerang muda Kedah, Akhyar Rashid dan tonggak pertahanan Perak, Nazirul Naim Che Hashim.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas