Connect with us

Oh! Media

“Kes Pencemaran Kali Ini Berbeza” – Timbalan Menteri Alam Sekitar

Umum

“Kes Pencemaran Kali Ini Berbeza” – Timbalan Menteri Alam Sekitar

ADVERTISEMENT
Timbalan Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Isnaraissah Munirah Majilis berkata kes pencemaran di Pasir Gudang kali ini, yang menyebabkan ramai yang sesak nafas dan muntah sejak Khamis lepas, disifatkan berbeza dengan pencemaran bahan kimia di Sungai Kim Kim yang berlaku Mac lepas.
Dipetik dari Bernama, Ini kerana bahan cemar yang disyaki itu, tersebar melalui pemeruapan akibat cuaca panas, keadaan topografi di Pasir Gudang dan arus angin monsun Barat Daya yang bertiup dari Selatan.

“Jadi kita mahu kenal pasti dahulu. Kalau Sungai Kim Kim, kita dapat kenal pasti ‘ground zero’ pencemaran di mana dan bahan toksik dibuang di sungai dan mengalir, tetapi (pencemaran kali ini) masih dalam siasatan,”.Bagaimanapun, radius pemantauan (daripada lokasi pertama insiden berlaku Sekolah Agama Taman Mawar) juga telah diperluaskan sehingga 15 kilometer,” katanya.

Sumber : Bernama

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas