Connect with us

Oh! Media

Kertas Siasatan Kes Adib Sedang Dilengkapkan!

Ohmedia keadilan untuk adibpng

Umum

Kertas Siasatan Kes Adib Sedang Dilengkapkan!

Tidak bersuara, tidak bermakna kita melupakan. Ohmedia yakin rakyat Malaysia masih menantikan keadilan ke atas kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim yang masih belum ada kesudahannya.

Terbaru, Huzir Mohamed yang merupakan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman mengatakan pihaknya sedang melengkapkan siasatan kes Adib selepas arahan itu dikeluarkan Timbalan Pendakwa Raya.

Kita akan dapat lengkapkan siasatan dan menyelesaikannya dalam masa terdekat seperti yang diarahkan. Kita akan hantar IP (kertas siasatan) dan bincang dengan Peguam Negara untuk tindakan lanjut. – Katanya.

Kes Adib ini tidak boleh berhenti begitu sahaja memandangkan pihak Mahkamah Koroner sebelum ini telah memutuskan bahawa punca kematian Muhammad Adib adalah akibat perbuatan jenayah oleh dua atau lebih individu yang tidak dikenali.

IKLAN

Tidak cukup dengan itu, bekas Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Hanna Yeoh turut diambil keterangannya di Bukit Aman selepas dipercayai telah mengeluarkan kenyataan cenderung ke arah menghasut dan mengganggu gugat ketenteraman awam di media sosial sehingga berlakunya kekecohan.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca yang ikuti kes Adib di Facebook Oh! Media.



🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas