Connect with us

Oh! Media

Kerana Terlibat Dengan LTTE, ADUN DAP Ditahan Dibawah SOSMA!

Umum

Kerana Terlibat Dengan LTTE, ADUN DAP Ditahan Dibawah SOSMA!

Sumber gambar dari Google

Siapakah LTTE? LTTE singkatan untuk Liberation ‘Tigers of Tamil Eelam’ merupakan kumpulan militan yang mahu menubuhkan negara berasingan bagi etnik minoriti Tamil di utara dan timur pulau Sri Lanka. Sebelum ini pun panas cerita LTTE ni di media massa sebab mendapat sokongan dan bantuan dari rakyat Malaysia.

ADVERTISEMENT

Kerajaan menolak dari menyokong kumpulan ini ini kerana mereka adalah pengganas dan menyokong mereka merupakan satu kesalahan. Walaubagaimanapun kelmarin, dua ADUN masing-masing dari Negeri Sembilan dan Melaka ditahan kerana menyokong kumpulan berkenaan.

ADUN Negri Sembilan, P. Gunasekaran berkenaan ditahan dan diletakkan dibawah SOSMA kerana menghadiri program Hari Perwira LTTE di Melaka dan menyampaikan ucapan berunsur sokongan terhadap LTTE. Bagi ADUN Melaka yang juga seorang EXCO, G. Saminathan tidak dipastikan sebab khusus dia ditahan.

Bereaksi dari penahanan berkenaan, Naib Pengerusi DAP Negeri Sembilan, Teo Kok Seong berkata, pihaknya akan cuba membantu ADUN berkenaan kerana ADUN berkenaan baginya disifatkan sebagai seorang wakil rakyat yang disayangi pengundi kawasan DUN berkenaan pada masa yang sama pihaknya akan cuba beri kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa.

Sumber: Sinar Harian

+Baca respon pembaca Oh! Media.


Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas