Umum
Kerana Takut Di Sunat, Seorang Kanak-Kanak Sanggup Panjat Bumbung Klinik!
Pada

Geli hati bila baca cerita tentang seorang kanak-kanak berusia lima tahun di Banten, Indonesia, yang memanjat bumbung sebuah bangunan pusat kesihatan kerana tidak mahu bersunat, lapor portal Metro UK.
Gambar kanak-kanak itu di atas bumbung dikongsi seorang doktor, Dr. Anik Sutari ke akaun Facebook miliknya, sambil menyatakan ini merupakan pengalaman pertamanya berhadapan dengan situasi sedemikian.
“Sudah 20 tahun saya bertugas sebagai doktor, inilah kali pertama seorang kanak-kanak lari sehingga kebumbung,” katanya.
Dua jam di atas, kanak-kanak itu akhirnya turun selepas dipujuk seorang guru yang rapat dengannya. Menurut doktor berkenaan, kanak-kanak itu kemudiannya disunat tanpa dipaksa dan tidak menangis ketika disunat.
Sumber: Awani
+ Baca respon pembaca di Oh! Media.
Oh! Makan
IKLAN
