Connect with us

Oh! Media

Kerana Perbuatan ‘Isteri’ Yang Dikahwini, Seorang Imam Digantung Tugas!

ohmedia undercover 12b252812529png

Umum

Kerana Perbuatan ‘Isteri’ Yang Dikahwini, Seorang Imam Digantung Tugas!

Sumber gambar dari PinkNews

Kesian kat imam ni, ‘bini’ punya hal, tak pasal-pasal kena gantung tugas. Kisah ini dilaporkan berlaku di Kampala, Uganda dimana seorang imam telah digantung tugas kerana mengahwini seorang lelaki yang menyamar sebagai wanita. Dipetik dari Sinar Harian, lelaki berkenaan menggunakan nama Swabullah Nabukeera ketika sebagai nama penyamaran.

Paling tak boleh belah, imam ni dah khawin sebulan, baru perasan yang ‘bininya’ tu seorang lelaki yang bernama Richard Tumushabe. Rahsia lelaki menyamar menjadi bini kepada imam itu terbongkar selepas anggota polis melakukan spot-check kerana kantoi mencuri televisyen dan pakaian kepunyaan jiran mereka.

Sumber gambar dari Its Gone Viral

Dari info yang Ohmedia dapat, broken teruk imam ni sampai dia menyatakan yang dia perlukan khidmat kaunseling. Imam yang bernama Sheikh Mohammed Mutumba ini mendedahkan beliau yang dia belum pernah menjalankan hubungan intim dengan lelaki yang menyamar sebagai isterinya kerana mendakwa sedang haid.

IKLAN

Punyalah baik dia undercover sampaikan member imam ni pun tak perasan yang ‘isteri’ membernya itu seorang lelaki kerana mendakwa mempunya suara yang lembut dan berjalan seperti wanita. Dipetik dari Sinar Harian, Ketua Imam bernama Sheikh Isa Busuulwa berkata, Sheikh Mohammed Mutumba digantung tugas kerana ingin memelihara intergriti mereka sebagai seorang imam.

Sumber: Sinar Harian

+Baca respon pembaca Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Safiqri Safrudin
Safiqri, bekas Penulis Konten dan Ketua Multimedia di Oh! Media, yang bertanggungjawab mencipta pelbagai kandungan menarik eksklusif untuk platform Oh! Media. Kini, beliau meneruskan perjalanan kerjayanya sebagai seorang guru yang berdedikasi di Sarawak.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas