Connect with us

Oh! Media

Kerana Bitcoin, TNB Alami Kerugian Sebanyak RM3.2 Juta!

Umum

Kerana Bitcoin, TNB Alami Kerugian Sebanyak RM3.2 Juta!

Sumber : The Star

Bunyi macam pelik, bagaimana bitcoin mampu buatkan TNB rugi sebanyak RM3.2 juta sedangkan bitcoin hanyalah matawang kripto. Korang boleh “brain” tak?

ADVERTISEMENT

Macam ni, melalui aktiviti perlombongan Bitcoin, penggunaan rangkain komputer berkuasa tinggi dilibatkan dimana ia memerlukan jumlah penggunaan elektrik yang banyak. Jadi untuk mengurangkan kos, mereka mencuri bekalan elektrik dengan membuat pintasan dari peti agihan elektrik secara terus kedalam premis tanpa melalui meter.

Sebagai contoh, arus 3 Amp digunakan lampu dan kipas sedutan, dimana mereka perlu membayar bil sebanyak RM219 , manakala arus 1,500 Amp tidak bermeter untuk komputer berkuasa tinggi yang digunakan sepatutnya membayar sebanyak RM108,000 sebulan. Kan banyak beza tu?

Sebanyak 33 premis yang menjalankan aktiviti perlombongan Bitcoin disekitar Kuantan yang menyebabkan TNB alami kerugian RM3.2 juta. Premis-premis berkenaan telah menjalankan kegiatan mereka sejak enam bulan lepas. Tuntutan bayaran balik akan dikenakan kepada pemilik premis.

Oleh itu, Suruhanjaya Tenaga memyeru pemilik premis mengambil berat aktiviti yang dijalankan di premis mereka serta membuat pemindahan akaun sementera kepada penyewa premis. Ini bagi memastikan pemilik premis tidak menanggung liabiliti yang dilakukan oleh penyewa premis.

Info tambahan untuk korang yang tak beberapa jelas pasal matawang kripto, benda ini membolehkan seseorang individu memindahkan nilai antara satu sama lain dan membayar barang dan perkhidmatan tanpa melalui institusi kewangan, namun ianya tidak sah di Malaysia.

Sumber : Sinar Harian

+ Baca respon pembaca Oh! Media.


Oh! Travel


Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas