Connect with us

Oh! Media

Kerana Berpakaian Seksi, Lesen Doktor Digantung? Betul Ke Ni?!

Umum

Kerana Berpakaian Seksi, Lesen Doktor Digantung? Betul Ke Ni?!

ADVERTISEMENT
Akibat berpakain terlampau seksi di Facebook, seorang model yang juga seorang doktor di Myanmar terpaksa merayu agar keputusan majlis perubatan negara itu yang mahu membatalkan lesen perubatannya  ditarik balik. 
Majlis Perubatan Myanmar bertindak menggantung lesen perubatan Nang Mwe San, dengan alasan wanita itu berpakaian tidak senonoh. Dakwa majlis berkenaan, Nang Mwe San terus memuat naik gambarnya berpakaian tidak sesuai dengan tradisi Myanmar meskipun telah berjanji untuk berhenti berbuat demikian ekoran amaran yang diberi pada Januari lalu.
Dipetik dari Sinar Harian, Mwe San berkhidmat sebagai doktor selama empat tahun sebelum menjadi model dua tahun lalu. Wanita berusia 28 tahun itu sering memuat naik gambar memakai pakaian dalam, bikini dan juga pakaian tradisional Myanmar sambil beraksi seksi di laman Facebook miliknya. Mengakui berasa terkejut dan sedih dengan keputusan terbabit, Mwe San akan membuat rayuan kerana bukan mudah untuk menjadi seorang doktor.

“Terdapat banyak isu etika yang lebih penting dalam sektor perubatan Myanmar. Saya tidak mahu pihak majlis membuang masa menjaga isu remeh seperti karier modeling saya,” kata Mwe San sambil menegaskan dia tidak akan meninggalkan dunia peragaan. 

Sumber : Sinar Harian

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas