Connect with us

Oh! Media

Kerajaan Tangguh PSP, Jangka Kenaikan Kos Sara Hidup Akan Berlaku?! Seriuslah?!

ohmedia eng 1png

Umum

Kerajaan Tangguh PSP, Jangka Kenaikan Kos Sara Hidup Akan Berlaku?! Seriuslah?!

Gambar sumber dari The Sun Daily

Tahun lepas kerajaan mengumumkan untuk melaksanakan subsidi minyak bersasar yang dikenali sebagai Program Subsidi Petrol bermula Januari 2020 yang menyasarkan golongan berpendapatan rendah B40. Menurut info yang dipetik dari Sinar Harian, pemilik kereta dengan kapasiti enjin 1,500cc dan motosikal dengan kapasiti enjin 125cc akan menikmati subsidi petrol RON95 sebanyak 30 sen seliter. Namun untuk kereta terhad kepada 100 liter dan 40 liter untuk motosikal.

Namun baru-baru ini kerajaan telah mengumumkan untuk menangguh dahulu perlaksanaan PSP berikutan beberapa faktor. Faktor yang pertama adalah untuk memberi ruang kepada kerajaan untuk meneruskan sesi penerangan dan penjelasan dengan tujuan memberi kefahaman dan mempersiapkan rakyat menerima pelaksanaan program PSP ini. Manakala faktor yang kedua melibatkan proses pendaftaran penerima daripada kelompok M40 yang akan dikendalikan oleh Kementerian Kewangan.

Hari ini Ohmedia dapat info, PSP ditangguhkan atas alasan, pengapungan harga minyak yang akan dilaksanakan dibimbangi menjadi punca kenaikan kos sara hidup. Menurut Menteri Kewangan Lim Guan Eng, harga minyak dijangka naik. Menurutnya lagi, rakyat akan terkesan meskipun ada kenaikan yang sedikit.

IKLAN

Sumber: Sinar Harian

+Baca respon pembaca Oh! Media.


Oh Youtube


OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Safiqri Safrudin
Safiqri, bekas Penulis Konten dan Ketua Multimedia di Oh! Media, yang bertanggungjawab mencipta pelbagai kandungan menarik eksklusif untuk platform Oh! Media. Kini, beliau meneruskan perjalanan kerjayanya sebagai seorang guru yang berdedikasi di Sarawak.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas