Connect with us

Oh! Media

Kerajaan Perak Akan Berikan Bonus Sebulan Gaji

Azumujpg

Umum

Kerajaan Perak Akan Berikan Bonus Sebulan Gaji

Bantuan Khas Kewangan sebulan gaji atau minimum RM2,000 kepada penjawat awam akan diberikan Kerajaan Negeri Perak.

Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, Menteri Besar berkata, pemberian itu sebagai tanda penghargaan terhadap komitmen serta dedikasi penjawat awam negeri.

Katanya, bayaran yang akan dimanfaatkan hampir 9,000 penjawat awam negeri itu akan dibayar pada akhir bulan Disember 2018 dan bulan Mei 2019.

IKLAN

“Bantuan Khas Kewangan juga dipanjangkan kepada Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT), Pekerja Sambilan Harian (PSH), Guru Tadika Islam Jaipk, Guru Kafa, Guru Thanawi, Guru Takmir, Guru I’dadi, Imam, Bilal, Siak, Ketua Kampung dan Tok Batin yang turut mendapat manfaat bayaran Bantuan Khas Kewangan RM1,000.

“Golongan pesara kerajaan negeri tidak dilupakan. Oleh itu, RM2 juta tetap disediakan bagi pemberian insentif khas oleh kerajaan negeri,” katanya ketika membentang Bajet Negeri Perak 2019, hari ini.

  + Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas