Connect with us

Oh! Media

Kerajaan Negeri Perlu Akur Atas Titah Sultan

Umum

Kerajaan Negeri Perlu Akur Atas Titah Sultan

Berikutan dengan isu penggunaan papan tanda berbahasa cina, Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad menyatakan bahawa keputusan menggunakan papan itu telah dibuat oleh kerajaan Negeri Selangor dan bukannya di bawah Wilayah.

ADVERTISEMENT

Beliau menjelaskan, Kerajaan Persekutuan tidak mengetahui keputusan itu kerana segala kuasa melibatkan kerajaan negeri adalah dibawah pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Itu keputusan kerajaan negeri Selangor, saya di peringkat Kementerian Wilayah tidak tahu apa perbincangan mereka.

“Kalau Sultan sudah keluarkan titah, kita kena akur kerana saya fikir ada perbincangan di peringkat negeri, DUN (Dewan Undangan Negeri) dan PBT,” katanya sambil menambah beliau tidak terlibat dalam perbincangan.

Mengulas lanjut, Khalid yang juga Ahli Parlimen Shah Alam, berkata Kerajaan Persekutuan tidak mempunyai kuasa jika ada negeri yang mahu melaksanakan tindakan sama seperti Kerajaan Negeri Selangor.

“Itu terpulang kepada negeri masing-masing, kerana ini berlaku di bawah penguatkuasaan negeri,” katanya lagi.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas