Connect with us

Oh! Media

Kerajaan Negeri Kelantan Tetap Dengan Keputusan Tidak Benarkan Pawagam Dibuka

Umum

Kerajaan Negeri Kelantan Tetap Dengan Keputusan Tidak Benarkan Pawagam Dibuka

Setelah mendapat saranan dari Mohd Syahbuddin Hashim ahli BN-Galas agar Kerajaan Negeri Kelantan membenarkan pembukaan pawagam patuh syariah di negeri berkenaan, terkini Kerajaan Kelantan telah memutuskan untuk tidak akan membuka pawagam di negeri terbabit dalam usaha mengekang masalah sosial.

ADVERTISEMENT

Ini dimaklumkan oleh Dr Izani Husin, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri yang berkata keputusan ini diputuskan oleh majlis mesyuarat kerajaan negeri.

“Hari ini majlis mesyuarat Kelantan berbincang dengan terperinci mengenai masalah pawagam. Kita tiada pawagam selama 30 tahun dan ia tiada masalah kerana banyak sumber jika mahu tengok cerita.

“Kita boleh mengenakan syarat ketat kepada pawagam, namun jika kita buka ruang, penguatkuasaan terhadap pelanggaran syarat juga akan berdepan masalah dan perkara itu perlu diambil kira.

“Pada masa sama, kita juga boleh kawal dalam pawagam, namun ketika anak-anak keluar dan pulang ke rumah selepas jam 12 tengah malam akan mengundang banyak masalah gejala sosial.

“Sedangkan tahun ini, Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob meletakkan fokus untuk mengurangkan gejala sosial menyebabkan kita memutuskan tiada pawagam di seluruh Kelantan,” katanya.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas