Connect with us

Oh! Media

Kerajaan Mahu Jual Beberapa Lagi Aset Negara Untuk Tampung Hutang Negara – Tun M

Umum

Kerajaan Mahu Jual Beberapa Lagi Aset Negara Untuk Tampung Hutang Negara – Tun M

Kerana beban hutang yang semakin meningkat, Putrajaya sedang menimbang untuk menjual beberapa lagi aset kerajaan untuk meringankan beban berkenaa, kata Tun Dr Mahathir Mohamad. Walaubagaimanapun, aset tersebut haruslah yang telah dikenalpasti tidak memberi sumbangan kepada negara tambahnya lagi. Ini susulan pertemuan beliau dengan pelabur dari British, apabila ada yang mengutarakan cadangan untuk membeli beberapa aset milik negara.

“Saya berminat untuk menjual beberapa aset sebagai usaha untuk meraih pendapatan. Hutang negara masih di kadar yang tinggi, tetapi jika kita boleh menjual aset ini, yang telah dikenalpasti tidak membawa keuntungan, kita mungkin boleh kurangkan hutang,” katanya.

Dipetik dari New Malaysian Post, antaranya, rangkaian hospital IHH Berhad telah dijual oleh Khazanah kepada Jepun pada bulan November lalu dengan harga RM8.42 bilion. Selain itu, penjualan seluruh pegangan Khazanah melalui Axiata di dalam Syarikat telco M1 juga telah dijual kepada Singapura dengan harga RM1.65 bilion. Lebih setengah dari pegangan Khazanah dalam bank Filipina terbesar BDO Unibank Inc telah dijual kepada Filipina dengan harga RM415 juta yang juga di bawah harga pasaran. Hotel Royale Chulan Bukit Bintang milik syarikat Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Boustead Holdings telah dijual kepada syarikat Singapura dengan harga RM197 juta.
Sumber : New Malaysian Post

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

ADVERTISEMENT

Oh! Makan


Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas