Connect with us

Oh! Media

Kerajaan Korea Selatan Isytihar Darurat Bencana Selepas Berlaku Kebakaran

Umum

Kerajaan Korea Selatan Isytihar Darurat Bencana Selepas Berlaku Kebakaran

Berikutan dengan kebakaran besar-besaran yang berlaku di lima bandar dan daerah Korea Selatan di sepanjang pantai timur laut, Kerajaan Korea Selatan terpaksa mengisytiharkan darurat keatas bencana itu.

ADVERTISEMENT

Ia diumumkan selepas Perdana Menteri, Lee Nak Yon mencadangkan agar langkah itu diambil oleh Presiden Moon Jae In.

“Kerajaan akan turut memutuskan sama ada meletakkan kawasan yang terjejas sebagai zon bencana khas selepas memeriksa tahap kerosakan”, kata pegawai Kementerian Dalam Negeri dan Keselamatan.

Kebakaran yang dikesan bermula di sebuah gunung itu telah menyebabkan seorang lelaki maut dan memusnahkan hutan dan bangunan dengan tahap kerosakan meningkat kepada tahap yang disifatkan belum pernah berlaku selama ini.

Lebih 870 buah kereta bomba juga telah dihantar ke lokasi dan melibatkan 13,000 anggota pasukan penyelamat termasuk tentera dan pihak polis.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas