Connect with us

Oh! Media

Kerajaan Jamin Harga Telur Ayam Akan Turun 2 Sen

Umum

Kerajaan Jamin Harga Telur Ayam Akan Turun 2 Sen

Berkenaan dengan harga telur ayam yang kini sedang kecoh di media sosial berikutan dengan peningkatan harga yang dilihat semakin menjadi-jadi, kini telah mendapat respon dari kementerian dan kerajaan menjamin bahawa harga telur ayam akan kembali stabil bermula hari ini.

ADVERTISEMENT

Menurut Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub, harga telur ayam daripada setiap gred akan kembali diturunkan sebanyak dua sen.

Menerusi laporan Berita Harian, beliau berkata hal tersebut berlaku selepas dipersetujui bersama Persekutuan Persatuan Penternak-Penternak Malaysia (FLFAM) pada Jumaat lalu.

“Pengeluar telur ayam bersetuju untuk mengurangkan harga telur di peringkat ladang sebanyak dua sen bagi menstabilkan harga telur di pasaran.”

“Ini juga bagi memastikan bekalan telur ayam di pasaran mencukupi menjelang musim perayaan ini.”

Ladang ayam yang berdepan masalah kematian ayam yang tinggi sebelum ini tidak dibenarkan menjual telur sehingga siasatan dan keputusan makmal mengesahkan tiada jangkitan penyakit.

Keadaan ini juga katanya menyebabkan berlaku pengurangan bekalan telur tiga peratus, namun siasatan menunjukkan ladang ayam berkenaan bebas daripada jangkitan selsema burung seperti yang dilaporkan.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas