Connect with us

Oh! Media

Kerajaan Disaran Guna Semula Sistem Apungan Harga Minyak Mingguan Untuk Berlaku Penurunan

Umum

Kerajaan Disaran Guna Semula Sistem Apungan Harga Minyak Mingguan Untuk Berlaku Penurunan

Rafizi Ramli kini menggesa kerjaan bagi melakukan semula sistem apungan harga minyak secara mingguan kerana ia membolehkan harga RON95 diturunkan sebanyak 20 sen untuk beberapa minggu akan datang berdasarkan kejatuhan harga minyak mentah dunia.

ADVERTISEMENT

“Sejak beberapa minggu lalu, harga minyak mentah dunia mengalami penurunan mendadak, terutama minggu ini. Bagi memastikan harga yang dibayar rakyat melambangkan keadaan pasaran semasa, saya memohon supaya kerajaan mempertimbangkan menyemak harga mengikut formula secara mingguan.

“Rakyat sudah terbiasa dengan pengiraan mengikut minggu seperti yang ditinggalkan oleh pentadbiran Datuk Seri Najib Razak. Malah, rakyat tidak tahu pun bahawa kerajaan kini menyemak harga mengikut formula secara bulanan,” katanya.

“Oleh kerana kiraan kerajaan menggunakan rujukan harga bulanan purata bagi November 2018 untuk menetapkan harga RON95 bagi Disember tahun ini, ia menunjukkan harga mengikut formula mekanisme harga automatik (APM) masih lagi lebih tinggi, RM2.20 seliter yang ditetapkan.

“Selagi harga minyak mentah dunia kekal tinggi, maka pengiraan formula hanyalah untuk menentukan berapa subsidi yang ditanggung kerajaan kerana harga yang dibayar oleh rakyat adalah lebih rendah berbanding harga formula,” katanya.

Perkara ini dijelaskan oleh Rafizi dinakaun Facebooknya yang turut ditulis surat untuk dihantar terus ke Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas