Connect with us

Oh! Media

Kerajaan China Mengehadkan Kemasukan Pelancong Ke Base Camp Gunung Everest

Sampah di gunung everest 20180610 002920jpg

Umum

Kerajaan China Mengehadkan Kemasukan Pelancong Ke Base Camp Gunung Everest

Nampaknya, Kerajaan China akan mengambil keputusan untuk menutup kemasukan pelancong asing ke Everest Base Camp yang berada di sempadan negaranya yang ingin melakukan pendakian. Hal ini berikutan kerana masalah lambakan sampah yang dilihat semakin menjadi-jadi di kalangan pelancong.

Oleh itu, kerajaan China akan mengeluarkan dan memberikan permit kepada mereka yang betul-betul berminat ingin melakukan pendakian di gunung berkenaan tetapi  iainya amat terhad.

Besar kemungkinan permit tersebut hanya akan dikeluarkan sebanyak 300 permit setiap tahun. Akan tetapi, pelancong biasa hanya dibenarkan mendaki sehingga ke Rongbuk Monastery.

IKLAN

Untuk pengetahuan anda, untuk akses ke puncak Gunung Everest, kita boleh melalui dari sempadan Nepal, namun kebanyakan pelancong akan memilih memulakan pendakian dari sempadan China kerana tapak kem mereka yang lebih luas dan boleh diakses dengan menaiki kereta.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas