Connect with us

Oh! Media

Kerajaan Cadang, Ketagihan Dadah Bukan Lagi Kesalahan Jenayah

25e22580259ctak2bsangka2bitu2banak2bsaya25e22580259d2b252822529png

Umum

Kerajaan Cadang, Ketagihan Dadah Bukan Lagi Kesalahan Jenayah

Kedengaran agak pelik apabila Menteri Kesihatan, Dzulkefly Ahmad mengumumkan supaya perbuatan pemilikan dan penggunaan dadah bukan lagi merupakan kesalahan jenayah sebagai pendekatan terbaru. Tapi dengar dulu.
Beliau mahu langkah itu sebagai gamechanger (peneraju perubahan), ia dilakukan dengan mendekriminalisasikan dadah iaitu penghapusan hukuman jenayah bagi pemilihan dan penggunaan dadah.

“Dekriminalisasi adalah penghapusan hukuman jenayah kerana memiliki dan menggunakan dadah dengan kuantiti kecil untuk kegunaan peribadi, berbanding mereka yang terlibat dalam mengedar dadah.

Bagaimanapun katanya, langkah itu tidak sepatutnya dianggap sebagai cubaan untuk melegalisasikan atau ‘menghalalkan’ dadah. Tambahnya, pengedarannya masih kekal sebagai kesalahan jenayah.
Kata beliau lagi, isu penggunaan dan rawatan penagihan dadah wajar dilihat dari sudut perubatan dengan mengambil kira faktor penyebab, diantaranya kecenderungan genetik, keadaan persekitaran seperti kemiskinan, perpecahan keluarga, tekanan di sekolah dan rakan sebaya boleh menyebabkan seseorang mula menggunakan dadah.

Beliau berpendapat, rawatan dengan kaedah sains adalah lebih baik berbanding pendekatan menghukum atau menahan kerana meletakkan mereka di dalam penjara tidak akan mengubahnya. Ia bukan semata-mata tentang soal seseorang itu memiliki tekad yang lemah, jelasnya.

IKLAN

Ujar beliau, penagih akan dirawat sebagai pesakit (bukan sebagai penjenayah), yang mana ketagihan adalah penyakit yang kita ingin sembuhkan. Dzulkefly menambah, lebih 30 buah negara telah memulakan langkah untuk dekriminalisasi dadah.
Sumber: New Malaysian Post

+ Baca respon pembaca di Oh! Media.


Facebook Oh! Media



OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Safiqri Safrudin
Safiqri, bekas Penulis Konten dan Ketua Multimedia di Oh! Media, yang bertanggungjawab mencipta pelbagai kandungan menarik eksklusif untuk platform Oh! Media. Kini, beliau meneruskan perjalanan kerjayanya sebagai seorang guru yang berdedikasi di Sarawak.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas