Connect with us

Oh! Media

Kentang McD Boleh Rawat Kepala Botak? Betul Ke Ni?!

artboard2b1png

Umum

Kentang McD Boleh Rawat Kepala Botak? Betul Ke Ni?!

Korang nak tahu tak gais, Ohmedia dapat info yang para saintis Jepun mungkin telah menemukan ubat untuk merawat masalah botak dengan menggunakan bahan kimia yang digunakan untuk membuat kentang goreng McD. Percaya ke tak?

Pasukan penyelidik sel stem dari Universiti Kebangsaan Yokohama (YNU) menggunakan dimethylpolysiloxane untuk menumbuhkan semula rambut seekor tikus. Bahan kimia itu adalah sejenis silikon yang dicampur pada kentang goreng McDonald’s bagi menghentikan minyak goreng daripada berbau.

Di petik dari New Malaysian Post, ujian awal menunjukkan kaedah itu mungkin akan berjaya apabila dipindahkan ke sel kulit manusia. Menurut kajian yang dikeluarkan dalam jurnal Biomaterials pada Khamis lalu, penemuan itu muncul selepas saintis terbabit berjaya mengeluarkan ‘kuman folikel rambut’ (HFG) yang dihasilkan buat pertama kalinya melalui cara ini. HFG adalah sel yang memacu perkembangan folikel dan dianggap sangat penting dalam penyelidikan tentang ‘kehilangan rambut’. Dalam masa beberapa hari, Professor Junji Fukuda dari YNU dan rakan-rakannya melaporkan terdapat rambut hitam yang tumbuh di bahagian kentang yang telah dipindahkan ke atas tikus tersebut.

“Kaedah ini begitu sangat kuat dan meyakinkan. Kami harap ia boleh membantu meningkatkan terapi penumbuhan semula rambut manusia seperti masalah alopecia,” kata Fukuda.

Sumber : New Malaysian Post
OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

IKLAN
BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Safiqri Safrudin
Safiqri, bekas Penulis Konten dan Ketua Multimedia di Oh! Media, yang bertanggungjawab mencipta pelbagai kandungan menarik eksklusif untuk platform Oh! Media. Kini, beliau meneruskan perjalanan kerjayanya sebagai seorang guru yang berdedikasi di Sarawak.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas