Connect with us

Oh! Media

Kementerian Kesihatan Akan Tetap Meneruskan Larangan Merokok di Restoran Pada Januari Ini

Umum

Kementerian Kesihatan Akan Tetap Meneruskan Larangan Merokok di Restoran Pada Januari Ini

Sebelum ini, pelbagai cadangan terutama yang datangnya dari persatuan Restoran India Malaysia dan Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia bagi meminta kerajaan menangguhkan pelaksanaan larangan merokok di restoran.

ADVERTISEMENT

Walaubagaimanapun, Kementerian Kesihatan tidak akan menangguhkan peraturan itu dan tetap akan melaksanakannya bermula 1 Januari ini.

Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye berkata, sekiranya ada sebarang masalah, kementerian sedia mengadakan sesi dialog bagi mengatasinya.

“Kita pernah ada dialog dengan pengusaha restoran dan sesi itu berterusan di setiap negeri dan kita faham masalah mereka bangkitkan,” katanya.

Berkenaan dengan tabiat merokok yang semakin membimbimbangkan terutama di kalangan orang muda, Dr Lee Boon berkata, “Pada tahun 2005, Malaysia juga telah menandatangani perjanjian dengan World Health Organisation Framework Convention on Tobacco Control (FCTC) dan dalam perjanjian itu, kita menyasarkan menjelang tahun 2045, negara menjadi bebas daripada perokok. Jadi, kita harus mula sekarang,” katanya.

Oleh itu, kita perlu pandang serius perkara ini. Kalau tidak kawal, ia akan menjadi masalah besar pada masa akan datang jelasnya lagi.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas