Connect with us

Oh! Media

Google Pixel 3a dan Google Pixel 3aXL Kini Diperkenalkan

Umum

Google Pixel 3a dan Google Pixel 3aXL Kini Diperkenalkan

Tahukah anda, 7 Mei lepas Google telah melancarkan peranti terbaru mereka, Google Pixel 3a dan Google Pixel 3aXL. Namun setakat yang admin tahu, peranti ini dikeluarkan untuk pasaran Eropah. Belum ada ura-ura mengatakan akan hadir untuk pasaran tempatan.
Peranti terbaru ini kelihatan hampir sama seperti Google Pixel 3 biasa. Namun ia ditawarkan dengan spesifikasi lebih rendah rendah berbanding Google Pixel 3. Kedua-dua peranti baru ini hadir dengan binaan plastik pada badan belakang yang menjadikannya jauh lebih ringan. Google Pixel 3a dan Pixel 3aXL menggunakan kamera sebagai ciri utama yang ingin ditampilkan kerana kedua-dua peranti memiliki ciri lowlight, ciri super resolution zoom, dan HDR+.

ADVERTISEMENT


Antara spesifikasi lain yang didatangkan adalah cip kelas pertengahan, Snapdragon 670, 4 gb ram, memori dalaman sebesar 64gb, kamera hadapan sebesar 8 megapixel dan belakang, sebesar 12 megapixel. Yang membezakannya adalah saiz skrin dimana untuk 3a adalah sebesar 5.6 inci dan 3a XL, sebesar 6.0 inci.
,

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas