Connect with us

Oh! Media

Aduan: Kekasaran Anggota Polis Di Terminal Bersepadu Selatan

Umum

Aduan: Kekasaran Anggota Polis Di Terminal Bersepadu Selatan

Setiap hari kami menerima pelbagai aduan yang dikirimkan kepada Oh! Media. Ada daripadanya kami tidak paparkan, dan ada antaranya yang eloklah kami paparkan untuk keadilan dan memohon perubahan kepada sesuatu yang lebih baik seperti apa yang diharapkan suara ramai rakyat Malaysia. Kali ini aduan dari seseorang tentang kekasaran anggota pihak berkuasa di Terminat Bersepadu Selatan pada 21 Disember 2014 lebih kurang jam 4:25 petang. Anda boleh tonton video berikut terlebih dahulu.

ADVERTISEMENT

Berikut adalah cerita dari pengadu tentang apa yang berlaku;

kejadian ni berlaku petang tadi jam lebih kurang 4.25pm. saya teman sepupu saya untuk pulang ke kampung di melaka. dia ni first time naik bas. saya pulak memang tak pernah menggunakan perkhidmatan bas.

dipendekkan cerita.. kami berdua yang baru lepas makan di tingkat 3 pergi ke tandas level tu, lepastu kami turun jela terus melalui tangga yang terdekat dengan tandas tu.

sampai di tempat nak tunggu bas yang terdapat banyak pintu bernombor, kami berdua di tahan dua anggota polis TBS. mereka minta ticket bas dan tanya dari mana kami datang. saya cerita la seperti di atas. rupa2nya kami perlu cop pengesahan di tingkat 2 sebelum turun ke tingkat 1. yang saya pulak memang tak boleh nak teman sepupu saya sebab takda ticket.

ok yang tu memang saya mengaku saya salah dan boleh ikut arahan untuk naik atas tanpa melawan untuk dapatkan cop tu. tapi polis ni terus gunakan kata2 kesat dan tinggi suara dekat saya. lpstu saya suruh la dia cakap baik2, baru pertama kali kot. bukannya setiap hari saya buat salah yang sama. benda ni kalau cakap baik2 pun boleh kan. dalam kepala saya dok pikir. kalau takleh ikut tangga yang dekat tandas tu kenapa dia tak kunci atau ketatkan kawalan di situ ? juga takda notis pada pintu tersebut yg menggatakan tak boleh melalui situ kalau tiada ticket.

ok dah sampai kat tingkat 2, sepupu saya dah dapatkan cop. sebelum nak blah tu saya minta maaf dkt dia dan mintak dia cakap baik baik la lepasni.

dia panas kot kena tegur,lagi sekali dia melenting, siap ajak gaduh dekat luar tbs, siap nak bukak baju uniform ajak gaduh. kawan dia yang jaga kaunter datang dekat saya bawak saya jauh sikit dengan ayat yg berbudi bahasa. yang mamat tu menyalak “kalau tak puas hati jom fight kat luar” membe dia tu siap jerit kt dia suruh dia sabar.

nama pada uniform baju anggota tu ikhwan.​

Timbul rasa kesal di hati kami. Sikap anggota tersebut amatlah tidak professional. Langsung tak mesra dengan orang ramai siap cakap kalau tak puas hati setel kat luar segala. Cara percakapan begitu patutnya jadi gangster kerja dengan Ah Long, bukan jadi anggota Polis. Kerana perangai segelintir anggota yang begini, orang ramai hilang hormat.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas