Connect with us

Oh! Media

Kegunaan Vellfire Untuk Menteri, Tunggu Keputusan Mesyuarat Kabinet, Kata Guan Eng

Umum

Kegunaan Vellfire Untuk Menteri, Tunggu Keputusan Mesyuarat Kabinet, Kata Guan Eng

Gambar sumber The Sun Daily

Sebelum ini ada artikel yang mendedahkan bahawa kerajaan menggunakan Vellfire dan Camry untuk kegunaan menteri dan pegawai tinggi kerajaan secara kontrak. Bagaimanapun hari ini, Menteri Kewangan Lim Guan Eng mnegeluarkan kenyataan bahawa kerajaan belum membuat keputusan berhubung pemberian kontrak berkenaan.

ADVERTISEMENT

Pemberian kontrak sewa kenderaan mewah berkenaan akan diputuskan dalam mesyaurat kabinet akan datang katanya. Namun tidak dipastikan bila mesyuarat berkenaan akan diadakan. Menurut info, kontrak sewa berkenaan memperuntukkan 32 unit Toyota Vellfire,  untuk kegunaan menteri serta 3,000 unit Honda Accord untuk pegawai kanan kerajaan. Keputusan berkenaan berikutan dari penamatan kontrak Spanco Sdn Bhd (Spanco) sebagai pengendali rangkaian kenderaan kerajaan yang akan tamat hujung tahun 2019.

Menurut info, untuk kontrak baru ini, ianya hanya akan diguna pakai selama 15 tahun sahaja dan membabitkan 12,500 kenderaan yang bernilai RM300 juta setahun. Antara syarikat yang  berkemungkinan akan menjadi pengendali kereta kerajaan seterusnya lain selain Spanco, Kumpulan Naza, Berjaya, Sime Darby, DRB-Hicom, Kumpulan Samling, Comos dan Go Auto.

Sumber: Berita Harian

+Baca respon pembaca Oh! Media.


Oh Youtube


Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas