Connect with us

Oh! Media

Kegilaan Suntik Zakar! Ini Akibat Yang Mengerikan

Umum

Kegilaan Suntik Zakar! Ini Akibat Yang Mengerikan

Mula-mula Ohmedia nak ingatkan yang perbincangan ini harnya diutamakan untuk kaum lelaki sahaja. Ini berikutan dengan ketagihan untuk mendapatkan saiz zakar yang diidamkan. Kalau korang perasan, dari dulu sampai sekarang terlalu banyak iklan yang kita lihat mencuba untuk menarik perhatian kaum lelaki terutama mereka yang telah berkahwin untuk menggunakan pelbagai produk untuk kesihatan zakar, kononnya!

ADVERTISEMENT

Suntikan minyak tanah, minyak zairun, minyak kasturi dan silikon ini semakin hari semakin menjadi kegilaan para lelaki sehingga sanggup mempertaruhkan nyawa. Persoalannya, adakah semua semua produk ini selamat?

Jika tersilap langkah, ia mampu mengancam nyawa korang dan yang paling Ohmedia seram, kulit zakar korang akan rosak dan perlu dilapah dan dibuang sepenuhnya. Selepas itu, barulah ia akan digantikan dengan kulit peha.

Penggunaan Minyak Tanah

Pakar Urologi Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Fam Xeng Inn berkata penggunaan minyak ini akan merangsang tindak balas sel darah putih disekeliling kulit zakar dan membentuk ketulan keras di lapisan bawah kulit. Hasilnya zakar akan membengkak dan keras dengan rupa bentuk yang amat teruk dan mengerikan.

Jadi, jika korang kaum lelaki mengalami masalah saiz zakar kecil atau micropenis, tidak perlulah mudah terpengaruh dengan semua produk di pasaran dan sebenarnya korang boleh mendapatkan rawatan terus bersama doktor bagi mendapatkan penilaian kesihatan secara menyeluruh yang seterusnya boleh melakukan rawatan alat kelamin.

+ Baca respon pembaca Oh! Media.


Oh! You Tube


Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas