Connect with us

Oh! Media

Keadaan Terkini Di Lokasi Kediaman Mangsa Banjir Kelantan

Ohmedia keadaan terkini banjir kelantan 1jpg

Umum

Keadaan Terkini Di Lokasi Kediaman Mangsa Banjir Kelantan

Kebetulan krew Oh! Media kini berada di Kelantan ketika ini, sempat kami singgah satu dua kawasan di Kuala Krai dan melawat mangsa yang terlibat dalam banjir besar yang melanda sebahagian besar Negeri Kelantan hujung tahun lepas.

Mungkin dalam media sosial hari ini dah tak lagi berkongsi berita tentang mereka, Ohmedia berpendapat pastnya ramai dikalangan anda pembaca mahu melihat bagaimana keadaannya ketika ini. Berikut adalah beberapa gambar pilihan yang diambil menggunakan iPhone 6 sahaja.

Kalau dilihat pada gambar-gambar di atas, masih banyak lagi kawasan kediaman yang masih tidak berubah sejak bencana banjir berakhir. Malahan masih ada lagi penduduk yang terpaksa tinggal di dalam khemah untuk meneruskan kehidupan mereka sekeluarga seperti biasa. Kita kalau pergi berkelah 2 3 hari pun dah rimas nak balik. Apa agaknya perasaan mereka?

IKLAN

Berat mana memandang, tentunya lebih berat lagi bahu mereka yang memikulnya. Apapun kami berharap segala bantuan yang telah dan sedang disalurkan akan terus sampai kepada mereka. Kalau korang masih nampak sebarang kempen sumbangan untuk mangsa banjir ni, hulurlah dengan hati yang terbuka kerana masih ramai dari mereka memerlukan bantuan untuk mengembalikan kehidupan yang selesa seperti sediakala.

Hari ni Hari Valentine’s Katanya! Tengok video ni.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Khai Hassan
Penjinak sepenuh masa di Oh! Media. Telah mencipta jenama ini sejak dari dalam perut mak lagi. Tak percaya tanya mak saya | Instagram
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas