Connect with us

Oh! Media

Kapal Titanic II Akan Mula Pelayaran Pada Tahun 2022 Melalui Laluan Sama

Umum

Kapal Titanic II Akan Mula Pelayaran Pada Tahun 2022 Melalui Laluan Sama

Kapal mewah terbesar yang pernah belayar dan karam iaitu Titanic nampaknya akan kembali apabila Titanic II dijangka akan membuat pelayaran buat kali pertama selam dua minggu pada 2022. Pembinaannya diteruskan setelah berakhirnya pertikaian yang membabitkan sumber kewangan.

ADVERTISEMENT

Kapal Titanic II ini akan belayar dari Dubai ke Southampton, England dan meneruskan perjalanan ke New York. Ia akan melalui laluan sama seperti kapal Titanic asal yang tenggelam di Altantik Utara pada April 1912.

“Kapal ini akan mengikuti laluan perjalanan asal, membawa penumpang dari Southampton ke New York.

“Titanic II adalah projek unik yang akan memberi pendedahan yang tidak pernah dilakukan sebelum ini dan ia adalah untuk kepentingan umum,” kata Pengerusi Blue Line, Clive Palmer kepada portal MSN.

Replika ini dilaporkan akan membawa jumlah penumpang yang sama iaitu 2,400 orang dengan 900 kru, tetapi yang lebih penting, ia akan dilengkapi ciri navigasi moden dan teknologi keselamatan, termasuk bot penyelamat yang mencukupi.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas