Connect with us

Oh! Media

“Kami Nak Bekal Internet Percuma, Tapi Kerajaan Sanggup Bayar Pihak Lain” – YTL

suspek2bditahan2bdan2bdireman2bmengikut2bseksyen2b376b2bkanun2bkeseksaan 2bsupt2bmohd2bsaid2bibrahim2b252812529png

Umum

“Kami Nak Bekal Internet Percuma, Tapi Kerajaan Sanggup Bayar Pihak Lain” – YTL

YTL Communication mendedahkan untuk menawarkan perkhidmatan internet percuma, tetapi kerajaan khususnya Kementerian Pendidikan telah pilih pembekal lain walaupun terpaksa membayar dengan kos yang tinggi.
Permulaannya, YTL mendakwa kementerian telah memohon perkhidmatan internet percuma kerana tidak mempunyai bajet untuk 10,000 sekolah yang melaksanakan persekitaran pembelajaran maya (VLE) tertakluk kepada tender pada 1 Januari, 2020.
Menurut syarikat itu, ini disampaikan semasa mesyuarat pada 23 April lalu antara kementerian pendidikan, Telekom Malaysia, Celcom Axiata, Maxis dan ISP lain berhubung Fasa 3 projek 1BestariNet.
YTL Communications berkata ia kemudian menulis surat kepada Menteri Pendidikan Maszlee Malik pada 31 Mei lalu untuk memberi komitmen membekalkan perkhidmatan internet percuma selama enam bulan.

Bagaimanapun, YTL mendedahkan mereka tidak terpilih dan merasakan bahawa Kementerian Pendidikan telah memungkiri janji untuk memanggil tender terbuka, sebaliknya bersetuju membayar bagi perkhidmatan internet kepada 3 ISP yang dilantik walaupun kami telah menawarkan perkhidmatan tersebut secara percuma,” kata syarikat itu.


Kenyataan Kementerian Pendidikan, bertarikh 27 Jun, tiada alasan diberikan untuk menyingkirkan YTL Communications. Namun, pada tahun 2016, Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara telah mencadangkan penamatan kontrak YTL Communication, atas alasan fasa pertama projek itu tidak dijalankan dengan baik.
Menurut YTL, mereka telah melabur lebih RM4 bilion untuk membina infrastruktur sekolah-sekolah berkenaan.
Sumber: New Malaysian Post

+ Baca respon pembaca di Oh! Media.

IKLAN

Facebook Oh! Media


OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Safiqri Safrudin
Safiqri, bekas Penulis Konten dan Ketua Multimedia di Oh! Media, yang bertanggungjawab mencipta pelbagai kandungan menarik eksklusif untuk platform Oh! Media. Kini, beliau meneruskan perjalanan kerjayanya sebagai seorang guru yang berdedikasi di Sarawak.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas